Thursday, August 11, 2011

Segmen Bersama GagakPutih Di Melaka(MUZIUM KECANTIKAN)



Muzium Kecantikan terletak di Aras 2 Muzium Rakyat. la telah dibuka kepada orang ramai pada tahun 1996.
Pameran ini meliputi jangka masa yang panjang, dari zaman pra-sejarah hingga zaman moden. la menyingkap budaya kecantikan berbagai masyarakat di serata pelusuk dunia. Kita dibawa melihat bagaimana setiap suku kaum mencipta keunggulan diri untuk kelihatan cantik pada kaca mata masyarakatnya walaupun terpaksa melalui pelbagai pantang larang dan menanggung kesakitan. Antara bentuk kecantikan ialah rajahan kulit atau tatu, memakai piring bibir, melonjongkan kepala dan membedung kaki.
Antara objektifnya adalah:
  • Untuk membangkitkan kesedaran terhadap pentafsiran makna kecantikan yang ditinjau melalui perbandingan antara kebudayaan dan zaman yang berlainan.
  • Untuk mempamerkan erti kecantikan dari pelbagai sudut menurut amalan budaya masyarakat dunia. Kecantikan diberi tafsiran baru berdasarkan kacamata masyarakat yang mengamalkan amalan hidup dan falsafah yang pelbagai.
Ia dibuka setiap hari kecuali Isnin dari jam 9.00 pagi hingga 5.30 ptg... Tiket masuk sama dengan Muzium Rakyat.


Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.perzim.gov.my/ iaitu PERBADANAN MUZIUM MELAKA..


salam... :)

2 comments: