|  | 
| Peta Jasin | 
Jasin merupakan salah sebuah daerah yang terletak di Negeri Melaka dan bersempadan dengan negeri Johor .Dalam dalam daerah Jasin, terdapat pekan-pekan kecil iaitu Pekan Batang Melaka, Pekan Nyalas, Pekan Selandar, Pekan Kesang Pajak, Pekan Simpang Bekoh, Pekan Asahan, Pekan Bemban, Pekan Chin-Chin dan Pekan Sungai Rambai. Pusat pentadbiran daerah ini iaitu Majlis Perbandaran Jasin terletak di Bandar Jasin.
 Muzium Pertanian, terletak di tengah-tengah Pekan Jasin bersebelahan Balai Polis Jasin. Suatu ketika dahulu Daerah Jasin merupakan pengeluar bijih timah dan hasil pertanian terawal di Melaka. Muzium yang diwujudkan ini bertujuan untuk memaparkan sejarah aktiviti dan ekonomi masyarakat tempatan, khususnya di bidang pertanian.
Muzium Pertanian, terletak di tengah-tengah Pekan Jasin bersebelahan Balai Polis Jasin. Suatu ketika dahulu Daerah Jasin merupakan pengeluar bijih timah dan hasil pertanian terawal di Melaka. Muzium yang diwujudkan ini bertujuan untuk memaparkan sejarah aktiviti dan ekonomi masyarakat tempatan, khususnya di bidang pertanian.Antara objektifnya adalah:
- Untuk memulihara dan mempamerkan bahan-bahan      penting berkaitan dengan sektor pertanian
- Untuk menjadi tempat kajian dan penyebaran maklumat      mengenai sektor pertanian.
- Untuk memberi pendedahan kepada pengunjung      mengenai jenis pertanian dan kepentingannya kepada ekonomi negara serta      kesejahteraan rakyat. "Pertanian Menjamin Kehidupan"
Ia dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dengan tiada harga tiket dari jam 9.00 pagi hingga 5.30 ptg...
Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.perzim.gov.my/ iaitu PERBADANAN MUZIUM MELAKA..
salam... :)
salam... :)
 
 
No comments:
Post a Comment