Tuesday, August 16, 2011

Nota Kuliah Kimia Kolej Matrikulasi Melaka 2011/2012

Periodic Table
Salam.... Kali nie post brkenaan kimia plak la.... Dgar2 ade kuiz Topic 4 Chemical bonding.... Tp nsib la ckgu kelas tutorial aku baek,dye nak buat lpas raye.... huhu.... gmbire la jgak.... Tp yg pasti cuti raye tetp cuti, no book...
Erm ape yg aku nak share sbnrnye nie adalah nota kuliah Kimia untuk satu sem iaitu topic 1 hingga topic 7....
Walaupun kuliah baru topic 4 tp mber dpn blek dah ade nota utk satu sem.....

Aku plak bru berjaya jmpe mcm ne nk upload/download file.... hehe.... satu kejayaan yg brmkna la jgak...
So korang klau nk download nota kuliah kimia utk bab seterusnya klik nie....
Nota Kuliah Kimia


Selamat Belajar....

Salam...

Monday, August 15, 2011

Pembentangan Dinamika Kemahiran Di Kolej Matrikulasi Melaka

Salam, Sebagai pelajar Modul Dua di KMM, dipertangungjwbkn utk blaja FZ, Kmia, Math, S.Comp Serta tak ketinggalan Agama Islam dan Dinamika Kemahiran...

Objektif Dinamika Kemahiran adalah:

  1. Mengamalkan Tatatertib dan bersopan dalam pelbagai jenis aktiviti serta situasi disamping penampilan imej yang memberi kesan positif terhadap diri, bangsa, agama dan negara.
  2. Mengamalkan kemahiran asas perhubungan kemanusiaan dalam pelbagai situasi majlis melalui kemahiran komunikasi yang berkesan.
  3. Memiliki semangat patriotisme agar bersedia untuk memberi sumbangan berterusan kearah pembangunan negara.
Minggu ini gagak putih diberi tugas untuk membentangkan tajuk DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA untuk pengucapan awam....
Tajuk nie agak berat, kerna gagakputih tak penah amek tahu pon tntg industri yang ada di Malaysia nie sbb x brape nak fhm....

Serba Sedikit tentang tajuk pembentangan gagakputih.....

Dasar Perindustrian Negara nie adalah untuk memajukan industri negara yang pada asalnya hanya bergantung pada bijih timah dan getah.... faham la kan harga getah kejap turun kejap naik... Kalau tgu industri getah bila Malaysia nak maju....
so pada tahun 60an Industri Gantian Import pula dilancarkan... Ia berterusan dengan mempelbagaikan ekonomi negara, Industri Berat, Peranan NGO serta Pelaburan Asing pada tahun 90an....

Sebab-sebab Dasar Perindustrian Negara adalah :

1. KEMELESETAN EKONOMI TAHUN 80AN
2. KELEMAHAN SEKTOR PERINDUSTRIAN
3. MENYAHUT CABARAN DASAR EKONOMI BARU....
4. ADA LAGI.......

Kalau nak tahu lebih lanjut ley download jer .... Dasar Perindustrian Negara... 


Salam... :)

Saturday, August 13, 2011

Segmen Bersama GagakPutih Di Melaka(BAZAR TAMAN CEMPAKA)

Ramadhan pon dah nak masuk fasa ke 3.... Berpuasa sudahlah wajib, tambah pula dengan ibadah yang kita lakukan dengan ikhlas hati.... Bila siang hari berpuasa,kita hendaklah meninggalkan perkara yang membatalkan puasa such as..... mengumpat(utk gugurl), cuci mate(utk boboy)... huhu.... :) Hurm dah berpuasa mesti berbuka erk... Dlm nak berbuka tu kompom2 pegi bazar ramadan yg dekat or special dgn diri kowng yerk.... M'beli belah makanan tu jge2 la yea... Wlaupun syaitan dah diikat, tp nafsu yg kita ade tu jage la... Nk suggest kat pemfollower Bazar Paling Popular di Melaka.... Bazar Ramdan Taman Cempaka.... lau dah name bazar pasti bulan Ramdan jer ade... jg lpas kn peluang yg mne dekat tu dtg la.... yg mne jauh usha utk nikmati keindahan bazar nie....

Dah pon masuk Utusan Online ....


Bazar Ramadan Taman Cempaka jadi tumpuan



          Bazar Ramadan di Taman Cempaka menyediakan       pelbagai juadah menarik seperti nasi ayam yang menjadi tumpuan orang ramai untuk berbuka puasa, semalam.


MELAKA 2 Ogos - Sudah menjadi kelaziman setiap kali tibanya bulan puasa, bazar Ramadan menjadi tumpuan umat Islam membeli pelbagai juadah berbuka puasa.
Jika di Kuala Lumpur, bazar Ramadan Jalan Raja Alang, Kampung Bahru menjadi tumpuan orang ramai, di negeri ini seperti lazimnya bazar Ramadan di Taman Cempaka merupakan lokasi paling popular untuk mencari pelbagai jenis juadah berbuka puasa.
Sebut sahaja apa jenis makanan semuanya mampu diperoleh di bazar Ramadan.
Tinjauan Utusan Malaysia pada hari pertama umat Islam di negara ini menyambut Ramadan semalam mendapati bazar itu penuh sesak dengan orang ramai untuk membeli juadah berbuka puasa.
Walaupun cuaca panas terik, ia tidak menghalang orang ramai terus berpusu-pusu melihat pelbagai jenis juadah yang dijual oleh peniaga.
Bazar yang terletak berhampiran Melaka Sentral itu dibuka seawal pukul 3 petang setiap hari berlanjutan sehingga selepas waktu berbuka puasa.
Bazar Taman Cempaka sememangnya cukup terkenal dalam kalangan penduduk di sini seperti tidak sempurna jika tidak menjejakkan kaki di sini.
Pelbagai jenis lauk-pauk masakan tradisional, kuih muih, minuman panas dan sejuk dijual sepanjang satu kilometer tapak bazar disediakan setiap tahun.
Antara juadah menarik yang dijual adalah nasi ayam, nasi beriani, ayam percik, nasi lemak ayam berempah, murtabak, rojak, kuih-muih dan ikan bakar.
Di sini juga dapat dilihat bukan sahaja orang Islam yang datang tetapi pelbagai masyarakat berbilang kaum turut mengambil kesempatan membeli pelbagai juadah kegemaran mereka.
Segelintir pelancong asing turut tidak melepaskan peluang merasai pelbagai jenis masakan yang dijual yang jarang-jarang diperolehi di restoran atau gerai.....


Nak di sinopsis kan....Lau balek kampung yg dkt dgn Melaka or dlm Melaka sendri.... Meh la jmput datang....
berhapiran dengan MELAKA SENTRAL, Ia menjanjikan kepuasan untuk anda semua.....
Dtg au....

Selamat Meneruskan Berpuasa ... :)




SALAM....



Thursday, August 11, 2011

Segmen Bersama GagakPutih Di Melaka(MUZIUM KECANTIKAN)



Muzium Kecantikan terletak di Aras 2 Muzium Rakyat. la telah dibuka kepada orang ramai pada tahun 1996.
Pameran ini meliputi jangka masa yang panjang, dari zaman pra-sejarah hingga zaman moden. la menyingkap budaya kecantikan berbagai masyarakat di serata pelusuk dunia. Kita dibawa melihat bagaimana setiap suku kaum mencipta keunggulan diri untuk kelihatan cantik pada kaca mata masyarakatnya walaupun terpaksa melalui pelbagai pantang larang dan menanggung kesakitan. Antara bentuk kecantikan ialah rajahan kulit atau tatu, memakai piring bibir, melonjongkan kepala dan membedung kaki.
Antara objektifnya adalah:
  • Untuk membangkitkan kesedaran terhadap pentafsiran makna kecantikan yang ditinjau melalui perbandingan antara kebudayaan dan zaman yang berlainan.
  • Untuk mempamerkan erti kecantikan dari pelbagai sudut menurut amalan budaya masyarakat dunia. Kecantikan diberi tafsiran baru berdasarkan kacamata masyarakat yang mengamalkan amalan hidup dan falsafah yang pelbagai.
Ia dibuka setiap hari kecuali Isnin dari jam 9.00 pagi hingga 5.30 ptg... Tiket masuk sama dengan Muzium Rakyat.


Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.perzim.gov.my/ iaitu PERBADANAN MUZIUM MELAKA..


salam... :)

Segmen Bersama GagakPutih Di Melaka(MUZIUM ADAT ISTIADAT)

BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ANAK...
Pasti biasa dengar pepatah nie erk... Pepatah nie nak menunjukan yg bahawasnya adat melayu tramat2 lah penting dlm khidupan seharian kita....



Muzium Adat Istiadat terletak di Dataran Alor Gajah, bersebelahan Tugu Keris Majlis Daerah Alor Gajah, kira-kira 25 km dari Bandar Melaka. Senibina tradisional Rumah Melayu adalah identiti utama muzium ini.
Fokus utama muzium merangkumi sejarah awal Daerah Alor Gajah termasuk gambar tokoh-tokoh daerah dan adat-istiadat perkahwinan dengan penekanan kepada Melayu Serantau. Bahan pameran termasuk pelamin, alat perhiasan diri, porselin dan peralatan adat istiadat.
Muzium Alor Gajah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka Tan Seri Abdul Rahim bin Datuk Tamby Chik pada 19 Oktober 1990, Bangunan ini dahulunya di bawah pengawasan Majlis Daerah Alor Gajah sebelum diambil alih oleh Perbadanan Muzium Melaka.

Antara objektifnya adalah:
  • Untuk mengetengahkan pelbagai perkara mengenai adat istiadat khususnya adat perkahwinan agar tidak hilang ditelan zaman
  • Untuk mempamerkan adat resam serta budaya masyarakat berbilang kaum yang ada di Melaka.

Ia dibuka setiap hari kecuali Isnin dari jam 9.00 pagi hingga 5.30 ptg... Tiket bernilai RM1.00 untuk remaja manakala kanak-kanak pula RM0.50

 Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.perzim.gov.my/ iaitu PERBADANAN MUZIUM MELAKA..

salam... :)



Monday, August 8, 2011

Segmen Bersama GagakPutih Di Melaka(MUZIUM RAKYAT)



Bangunan ini merupakan bangunan Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah (MPMBB) sebelum diambil alih oleh PERZIM. Muzium Rakyat yang terletak di aras 1 bangunan ini telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 15 April 1992.
Pameran utama muzium meliputi aspek pentadbiran, perumahan, sosial, perindustrian, pelancongan, infrastruktur dan pertanian. Ianya digarap sebegitu rupa untuk menunjukkan penglibatan rakyat dan kerajaan dalam memajukan Negeri Melaka. Kecemerlangan Melaka turut diabadikan dalam 'Pameran Melaka Sedekad' yang dikenali sebagai Muzium Rakyat.
Antara objektifnya adalah untuk mempamerkan pencapaian dan kemajuan Negeri Melaka dalam berbagai bidang ekonomi, politik, sosial, pendidikan, pelancongan, perindustrian dan sebagainya serta hubungan antara kerajaan dan rakyat.





Muzium ini dibuka setiap hari dengan nilai tiket RM2.00 untuk dewasa dan RM0.50 untuk kanak-kanak atau pelaja....


Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.perzim.gov.my/ iaitu PERBADANAN MUZIUM MELAKA..

salam... :)

Segmen Bersama GagakPutih Di Melaka(MUZIUM PERTANIAN JASIN)


Peta Jasin
Jasin merupakan salah sebuah daerah yang terletak di Negeri Melaka dan bersempadan dengan negeri Johor .Dalam dalam daerah Jasin, terdapat pekan-pekan kecil iaitu Pekan Batang Melaka, Pekan Nyalas, Pekan Selandar, Pekan Kesang Pajak, Pekan Simpang Bekoh, Pekan Asahan, Pekan Bemban, Pekan Chin-Chin dan Pekan Sungai Rambai. Pusat pentadbiran daerah ini iaitu Majlis Perbandaran Jasin terletak di Bandar Jasin.


Muzium Pertanian, terletak di tengah-tengah Pekan Jasin bersebelahan Balai Polis Jasin. Suatu ketika dahulu Daerah Jasin merupakan pengeluar bijih timah dan hasil pertanian terawal di Melaka. Muzium yang diwujudkan ini bertujuan untuk memaparkan sejarah aktiviti dan ekonomi masyarakat tempatan, khususnya di bidang pertanian.




Antara objektifnya adalah:
  • Untuk memulihara dan mempamerkan bahan-bahan penting berkaitan dengan sektor pertanian
  • Untuk menjadi tempat kajian dan penyebaran maklumat mengenai sektor pertanian.
  • Untuk memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai jenis pertanian dan kepentingannya kepada ekonomi negara serta kesejahteraan rakyat. "Pertanian Menjamin Kehidupan"

Ia dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dengan tiada harga tiket dari jam 9.00 pagi hingga 5.30 ptg...

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.perzim.gov.my/ iaitu PERBADANAN MUZIUM MELAKA..

salam... :)

Thursday, August 4, 2011

Segmen Bersama GagakPutih Di Melaka(MUZIUM BELIA MALAYSIA)

Meh sni belia2 negara...hayati dan renugn2kan.....


Muzium Belia Malaysia terletak di No. 430, Jalan Laksamana. Bangunan ini terdahulu menempatkan Pejabat Pos Besar, Melaka. Muzium ini berfungsi sebagai pusat dokumentasi kegiatan belia yang mempamerkan bahan-bahan dan maklumat yang berkaitan dengan aktiviti Persatuan Belia di Malaysia dan antarabangsa.
Bahan utama pameran adalah gambar tokoh-tokoh pemimpin belia, piala, pakaian seragam dan sebagainya.



Muzium Belia Malaysia telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohammad, mantanPerdana Menteri Malaysia pada 15 April 1992. Bangunan ini pada asalnya merupakan sebahagian daripada kompleks Pejabat Pentadbiran Belanda. Ia dijadikan sebagai Sekolah Anglo-Chinese (sekarang dikenali sebagal Sekolah Tinggi Melaka).

Antara objektifnya adalah:
  • Untuk mewujudkan satu pusat dokumentasi kegiatan belia yang induk bagi tujuan kajian dan informasi.
  • Untuk menyimpan segala rekod dan butir kegiatan belia secara sistematik dan teratur yang mengandungi sejarah penubuhan kelab dan pertubuhan belia dari seluruh negara.
  • Untuk menimbulkan kesedaran masyarakat khususnya golongan belia mengenai sumbangan kegiatan belia kepada masyarakat, bangsa dan negara.

Muzium ini dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dari 9.00 pagi hingga 5.30 ptg. Tiket berharga RM2.00 untuk dewasa dan RM1.00 untuk kanak-kanak...



Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.perzim.gov.my/ iaitu PERBADANAN MUZIUM MELAKA..

salam... :)

Segmen Bersama GagakPutih Di Melaka (MUZIUM YANG di-PERTUA NEGERI)

Adakah anda tahu tentang Muzium Seri Melaka????
Muzium Yang di-Pertua Negeri juga dahulunya bernama Muzium Seri melaka, merupakan bekas kediaman rasmi dan pejabat Gabenor Belanda di Melaka pada kurun ke-17. Fungsi bangunan ini teruskan pada zaman pemerintahan Inggeris hinggalah selepas kemerdekaan. Pada September 1996, kediaman rasmi dan pejabat Tuan Yang Terutama berpindah dari Bukit St. Paul ke Istana Melaka di Bukit Beruang, Melaka.


Fungsi Institusi Tuan Yang Terutama (TYT) sebagai Pemerintah Tertinggi Negeri dipamerkan bagi mengimbas kembali kewujudan institusi ini. Muzium Tuan Yang Terutama mempamerkan tentang Sejarah Ringkas Institusi Kesultanan, Pembentukan Penubuhan Gabenor Negeri-Negeri hinggalah kepada Peranan dan Institusi Yang di-Pertua Negeri. Secara umum peranan Ketua Menteri Melaka turut diselitkan kerana peranan mereka tidak kurang pentingnya dalam menerajui kerajaan negeri.

Antara objektifnya adalah:-
  • Untuk mengimbas kembali segala jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam menjana pembangunan negeri dan pertumbuhan ekonomi negeri Melaka.
  • Menyalurkan maklumat kepada generasi akan datang tentang Institusi Yang di-Pertua Negeri.
  • Untuk menjadikan muzium sebagai tempat kajian dan penyebaran maklumat kepada pelajar mengenai Yang di-Pertua Negeri.
Muzium ini beroperasi dari setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang dengan harga tiket RM5.00 untuk dewasa dan RM2.00 untuk pelajar atau kanak-kanak.


Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.perzim.gov.my/ iaitu PERBADANAN MUZIUM MELAKA..

salam... :)