Monday, May 14, 2012

Segmen Bersama GagakPutih Di Melaka(Kolam Air Panas Gadek)

Bersama Gagak bermandi manda pulak... Tapi kali ini bukan di air terjun mahupun di taman tema air.... Malah air yang mempunyai suhu lebih dari suhu badan kita, iaitu kolam air panas....

Bagi sesiapa yang menghidap penyakit kulit seperti gatal-gatal bolehlah mengubati penyakit itu dengan berendam di dalam kolam ini....

Tempat ini bukan saja memiliki kolam air panas bahkan terdapat padang permainan kanak-kanak serta restoran bagi mengalas perut. Selain itu, disini juga memunyai tandas, bilik salin dan bilik mandi.

Mempunyai jarak sejauh 30 KM dari Bandar Melaka, Kolam Air Panas Gadek yang terletak di Alor Gajah yang dipercayai dijumpai oleh orang kampung di kawasan tersebut....

Beroperasi dari pukul 0700 hingga 2100 dengan harga tiket RM6.00 bagi dewasa dan RM3.00 bagi kanak-kanak....











 Salam....:)

No comments:

Post a Comment