Friday, May 18, 2012

Segmen Bersama GagakPutih Di Melaka(Taman Buaya Melaka)

Buaya dikatakan seangkatan dengan dinasour. Oleh yang demikian buaya adalah pemangsa yang sudah berkurun lama didunia ini dan telah otai dalm bidang pemburuan didalam air...

Jika Di MELAKA, segalanya pasti bukan janji lagi.... Kini anda boleh melihat dan mempertontonkan buaya dengan lebih dekat lagi....

Dianggarkan lebih 100 spesies buaya serata dunia terdapat di Taman Buaya Melaka ini.... Ia di jaga dengan penuh rapi, dan tidak lupa di kelilingi seperti habitat asalnya.


Setiap Sabtu pengunjung boleh menyaksikan pesembahan yang mendebarkan dari buaya ini..... Selain daripada buaya, disini juga terdapat taman permainan air yang berukuran 6000 kaki persegi, serta rumah hantu...





Ia beroperasi dari jam 0900 hingga 1900 dengan bayaran tiket RM10 untuk dewasa dan RM 6 untuk kanak- kanak...






Salam.... :)

Monday, May 14, 2012

Segmen Bersama GagakPutih Di Melaka(Taman Mini Malaysia)

Bagi sesiapa yang ingin mengetahui keunikan setiap negeri didalam Malaysia ini, inilah tempatnya iaitu Taman Mini Malaysia. Ia terletak di Lebuh Raya Ayer Keroh yang berhampiran dengan Lebuh Raya Utara Selatan....

Pengunjung berpeluang menikmati keunikan kraftangan bagi setiap negeri dalam setiap rumah yang mewakili negeri sendiri... Selain kraftangan, pakaian tradisional juga boleh diselami oleh pelawat didalam setiap rumah yang dibina.

Walaupun rumah yang dibina hampir sama tetapi ia secara keunikannya yang sangat lain. Pengunjung perlu selami sedalam-dalamnya bagi mendapatkan keindahan setiap negeri Malaysia. Disini juga dipersembahkan pertunjukan kebudayaan dan permainan tradisional.

Ia beroperasi setiap hari dari pukul 0900 hingga 1700.
Tiket masuk bagi dewasa ialah RM10.00 dan kanak-kanak RM5.00














Salam...:)

Segmen Bersama GagakPutih Di Melaka(Kolam Air Panas Gadek)

Bersama Gagak bermandi manda pulak... Tapi kali ini bukan di air terjun mahupun di taman tema air.... Malah air yang mempunyai suhu lebih dari suhu badan kita, iaitu kolam air panas....

Bagi sesiapa yang menghidap penyakit kulit seperti gatal-gatal bolehlah mengubati penyakit itu dengan berendam di dalam kolam ini....

Tempat ini bukan saja memiliki kolam air panas bahkan terdapat padang permainan kanak-kanak serta restoran bagi mengalas perut. Selain itu, disini juga memunyai tandas, bilik salin dan bilik mandi.

Mempunyai jarak sejauh 30 KM dari Bandar Melaka, Kolam Air Panas Gadek yang terletak di Alor Gajah yang dipercayai dijumpai oleh orang kampung di kawasan tersebut....

Beroperasi dari pukul 0700 hingga 2100 dengan harga tiket RM6.00 bagi dewasa dan RM3.00 bagi kanak-kanak....











 Salam....:)

Segmen Bersama Gagak Putih Di Melaka(Zoo Melaka)

Dah lame xde segmen kat MELAKA ekkk... Maaf la ea sbb bz skit... heheheh(wkwkwwkwk)....

Ok kali ini gagak nak selongkar pasal ZOO MELAKA pula....

Ia terletak pada Lebuh Raya Ayer Keroh yang berhubung dengan Lebuh Raya Utara Selatan....

Tengs Google Maps...
Zoo Melaka merupakan zoo kedua terbesar di Malaysia ini yang menyelamatkan haiwan yang diancam kepupusan.
Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan, tetapi yang lebih mandapat perhatian ialah berinteraksi dengan haiwan...
Banyak haiwan liar yang terdapat di Zoo Melaka ini seperti Harimau Belang, Gajah, Seladang dan banyak lagi. Ingin tahu kene lah datang yerk...




*
Bayaran yang dikenakan:

Dewasa(13 tahun keatas)  = RM10
Kanak-kanak(5-12 tahun) =RM4
Pelajar Sekolah Menengah =RM5
Warga Emas                      =RM4

Jika ingin membawa video kamera perlu membayar RM10...
*
Bagi yang ingin menaiki trem
   Dewasa =RM3
   Kanak-kanak =RM2

Aktiviti yang telah ditetapkan ialah



1.“Free-Ranging" Orang Utan

Hari: Isnin – Ahad (kecuali hari Jumaat)

10.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang

(Cuti Sekolah dan Cuti Umum Sahaja) 





2.Persembahan Haiwan

Isnin - Khamis (11 pagi  & 2 petang)

Sabtu , Ahad, Cuti Sekolah dan Cuti umum ( 10 pagi - 11 pagi) & (2 petang - 3 petang)


3.Interaksi Bersama Gajah

*Tiada bayaran di kenakan Interaksi Bersama Gajah:

Memberi gajah makan : RM 2.00

(12.00 tengahari dan 4 petang)


Waktu Operasi ialah 0900 hingga1800 setiap hari....





Salam....:)

 






Nota Kuliah Sains Komputer

Ari tu saya telah mengupload nota kuliah kimia(pastikan sylibus dulu), dan kali ini saya telah mengupload pula nota kuliah sains konputer yang berfile format (*.pptx)....

Bagi sesetengah kuliah pasti tak dapat ataupun dapat lambat nota kuliah.... so bile online, download dan print jer k....


So nie link download....
https://sites.google.com/site/kamis23t5/home/sains-komputer


Bile dah download jgn lah kdkut dgn kwn2...
past2 la kat kwn or bgtw download kat mne....



SALAM...:)