Thursday, October 13, 2011

Segmen Bersama GagakPutih Di Melaka (River Cruise)

Telah lama segmen gagakputih di Melaka menyerpi, kini kembali dengan tempat yg lebih menarik...
Ketenangan diatas air dengan deruman enjin serta pemandangan Kampung Morten diselubungi udara yg deras menghentam diri. Pastinye kita khayal dibuai mimpi indah serta mengenepikan igauan-igauan ngeri yg berada di pejabat tatkala banyak projek yg perlu di selesaikan.. Itu lah dia Melaka River Cruise....

Yang pada asalnya menjadi tapak pertemuan timur dan barat di ketika abad ke-16, kini ia menjadi satu tempat pelancongan yg popular dikalangan penduduk tempatan mahupun yg datang mengunakan pastport. Pada asalnya sungai ini kecil tetapi bagi memastikan pengunjung berpuas hati, ia telah diperbesarkan dan alat mekanikal dipasang agar kedalaman air terkawal. ia dilakukan bagi memastikan sungai sentiasa dalam keadaan terkawal dari pencamaran..



Penumpang bot-bot ini pasti menikmati pelbagai kebudayaan serta sejarah negara, lebih-lebih lagi melihat keindahan  Pokok Melaka di mana tempat Parameswara berehat dan dengan tidak diduga melihat anjingnya di tendang oleh seekor kancil. Disini anda dapat menyaksikan keindahan kampung Morten yang yg dibuka oleh J.F Morten... selain itu anda juda dapat menyeksikan replika Eye On Malaysia dan kincir raksasa,

Terdapat 26 buah bot yg mempunyai nama daripada tokoh-tokoh yg pernah wujud di melaka, ia beroperasi dari jam 9.30 pagi hingga 5.00 ptg dan 6.00 ptg hingga 12 tgh mlm....

tiket boleh didapati dengna harga RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak bwah 12 tahun, untuk tempahan 1 bot dengan harga RM 100 anda boleh menghubungi 06-2814322....




Salam... :)