Tuesday, September 20, 2011

Temu Duga Penolong Pembantu Perubatan

Salam...
Dah lma gagkputih x brbicara dalam blog nie....
Myb busy sbb membusykn diri...

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA....
Mesti sume taw kn SPA...
Alhamdulillah dah setaon isi online, dpt surat temu duga sebagai penolong pembantu perubatan...

Tarikh temu duge 6 oktober 2011... Tempat kat ILP Bukit Katil....
Terpaksa jumpe cik khairudin minx cuti kat mertrik melaka nie....

Apa Penolong Pembantu Perubatan nie....

Pekerjaan nie adalah terawal di Malaysia dah menjakau 120 tahun....
Nama asalnye Apothecaries, dperkenalkan oleh British di Pulau Pinang....
Dibawah pemerintahan British Malaya Apothecaries dikenali juga sebagai Sub-Assistant Surgeon atau Dressar.....
Dalam abad ke 19, profesion ini telah melalui beberapa siri transformasi berikutan peranannya yang berkembang bersesuaian dengan jawatan profesion ini pada ketika itu sebagai Pembantu Rumah Sakit (1963), Pembantu Hospital (1970), Pembantu Perubatan (1985) dan kini Penolong Pegawai Perubatan (mulai 20 Mac 2007). Sekolah Latihan Pembantu Hospital telah dibuka secara rasminya di Seremban Negeri Sembilan pada 1971 dan seterusnya 4 buah sekolah latihan yang lain iaitu di Ulu Kinta, Alor Setar, Kuching dan Kota Kinabalu. Sekolah latihan ini kemudiannya dinaik taraf kepada Kolej Pembantu Perubatan pada 1993....


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
Penolong Pegawai Perubatan bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan kesihatan merangkumi aspek promotif (promosi), preventif (pencegahan), kuratif (perawatan), dan rehabitatif (pemulihan) pada tahap yang bersesuaian dalam program kesihatan awam dan perubatan di bawah pengawasan Pegawai Perubatan.Perkhidmatan-perkhidmatan yang terlibat adalah seperti berikut :-

i. Penjagaan Kesihatan Primer (Prima)
Memberi rawatan primer (pesakit luar) dan kecemasan di Klinik Kesihatan, Klinik 1 Malaysia, Pusat Latihan Khidmat Negara, Klinik-klinik khas di Penjara Malaysia, Puspen, Sekolah-sekolah Sukan, Pusat Tahanan Imigresin, Institusi Pengajian Tinggi Awam, perkhidmatan kesihatan komuniti, kem-kem kesihatan dan sebagainya.
*Membuat saringan ke atas pesakit yang memerlukan rawatan.
* Memeriksa, mendiagnosa penyakit dan memberikan rawatan keatas penyakit ringan.
* Memberi kaunseling dan pendidikan kesihatan kepada pesakit dan masyarakat setempat.
* Memberikan rawatan awal bagi kes-kes kecemasan.


ii. Perkhidmatan pengkhususan dan kepakaran (Sekunder)
Memberi perkhidmatan pengkhususan di bawah program kesihatan awam serta di unit-unit kepakaran dan sub-kepakaran di bawah program perubatan bagi aktiviti-aktiviti berikut :
Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan

* Perkhidmatan Pengkhususan
Program Wellness
Kesihatan Remaja, Kesihatan Dewasa, Kesihatan Warga Emas, Kesihatan Orang Kurang Upaya, Kesihatan Mental, Kesihatan Sekolah, Warga Sihat dan lain-lain.
Program Non Communicable Disease
Diabetes, Penyakit Kardio Vaskular, Berhenti Merokok, Darah Tinggi, Asma, Routine Medical Examination dan lain-lain.
Program Communicable Disease
Tuberculosis, Leprosi, Denggi, HIV, H1N1 dan lain-lain.
* Perkhidmatan Kepakaran (Program Perubatan)
Kecemasan, Perubatan Am, Pembedahan, Ortopedik, Oftalmologi, Otorinolaringologi, Nefrologi, Kardiologi & Koronari, Respiratori, Kardiotoraksik, Dermatologi, Obstetrik & Ginekologi, Urologi, Pediatrik, Anestesiologi, Rawatan Rapi, Hemodialisis, Forensik, Organ Transplant dan lain-lain dan Psikiatri.
* Perkhidmatan Sub-Kepakaran
Neurofisiologi, Pembedahan Plastik, Pembedahan Mikro Tangan, Perubatan Nuklear, Pembedahan Spinal dan sebagainya.
* Latihan Profesional dan Latihan Dalam Perkhidmatan.
* Penyelidikan dan Kualiti Amalan.
* Kawal Selia Amalan dan Penguatkuasaan.

Itu je la serba sedikit yg gagakputih dpat kaji dri internet.....

Harap2 temu duga berjalan lancar n dpat twaran trsebut... amin....


Salam...