Monday, August 8, 2011

Segmen Bersama GagakPutih Di Melaka(MUZIUM RAKYAT)



Bangunan ini merupakan bangunan Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah (MPMBB) sebelum diambil alih oleh PERZIM. Muzium Rakyat yang terletak di aras 1 bangunan ini telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 15 April 1992.
Pameran utama muzium meliputi aspek pentadbiran, perumahan, sosial, perindustrian, pelancongan, infrastruktur dan pertanian. Ianya digarap sebegitu rupa untuk menunjukkan penglibatan rakyat dan kerajaan dalam memajukan Negeri Melaka. Kecemerlangan Melaka turut diabadikan dalam 'Pameran Melaka Sedekad' yang dikenali sebagai Muzium Rakyat.
Antara objektifnya adalah untuk mempamerkan pencapaian dan kemajuan Negeri Melaka dalam berbagai bidang ekonomi, politik, sosial, pendidikan, pelancongan, perindustrian dan sebagainya serta hubungan antara kerajaan dan rakyat.





Muzium ini dibuka setiap hari dengan nilai tiket RM2.00 untuk dewasa dan RM0.50 untuk kanak-kanak atau pelaja....


Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.perzim.gov.my/ iaitu PERBADANAN MUZIUM MELAKA..

salam... :)

1 comment: