Saturday, August 13, 2011

Segmen Bersama GagakPutih Di Melaka(BAZAR TAMAN CEMPAKA)

Ramadhan pon dah nak masuk fasa ke 3.... Berpuasa sudahlah wajib, tambah pula dengan ibadah yang kita lakukan dengan ikhlas hati.... Bila siang hari berpuasa,kita hendaklah meninggalkan perkara yang membatalkan puasa such as..... mengumpat(utk gugurl), cuci mate(utk boboy)... huhu.... :) Hurm dah berpuasa mesti berbuka erk... Dlm nak berbuka tu kompom2 pegi bazar ramadan yg dekat or special dgn diri kowng yerk.... M'beli belah makanan tu jge2 la yea... Wlaupun syaitan dah diikat, tp nafsu yg kita ade tu jage la... Nk suggest kat pemfollower Bazar Paling Popular di Melaka.... Bazar Ramdan Taman Cempaka.... lau dah name bazar pasti bulan Ramdan jer ade... jg lpas kn peluang yg mne dekat tu dtg la.... yg mne jauh usha utk nikmati keindahan bazar nie....

Dah pon masuk Utusan Online ....


Bazar Ramadan Taman Cempaka jadi tumpuan



          Bazar Ramadan di Taman Cempaka menyediakan       pelbagai juadah menarik seperti nasi ayam yang menjadi tumpuan orang ramai untuk berbuka puasa, semalam.


MELAKA 2 Ogos - Sudah menjadi kelaziman setiap kali tibanya bulan puasa, bazar Ramadan menjadi tumpuan umat Islam membeli pelbagai juadah berbuka puasa.
Jika di Kuala Lumpur, bazar Ramadan Jalan Raja Alang, Kampung Bahru menjadi tumpuan orang ramai, di negeri ini seperti lazimnya bazar Ramadan di Taman Cempaka merupakan lokasi paling popular untuk mencari pelbagai jenis juadah berbuka puasa.
Sebut sahaja apa jenis makanan semuanya mampu diperoleh di bazar Ramadan.
Tinjauan Utusan Malaysia pada hari pertama umat Islam di negara ini menyambut Ramadan semalam mendapati bazar itu penuh sesak dengan orang ramai untuk membeli juadah berbuka puasa.
Walaupun cuaca panas terik, ia tidak menghalang orang ramai terus berpusu-pusu melihat pelbagai jenis juadah yang dijual oleh peniaga.
Bazar yang terletak berhampiran Melaka Sentral itu dibuka seawal pukul 3 petang setiap hari berlanjutan sehingga selepas waktu berbuka puasa.
Bazar Taman Cempaka sememangnya cukup terkenal dalam kalangan penduduk di sini seperti tidak sempurna jika tidak menjejakkan kaki di sini.
Pelbagai jenis lauk-pauk masakan tradisional, kuih muih, minuman panas dan sejuk dijual sepanjang satu kilometer tapak bazar disediakan setiap tahun.
Antara juadah menarik yang dijual adalah nasi ayam, nasi beriani, ayam percik, nasi lemak ayam berempah, murtabak, rojak, kuih-muih dan ikan bakar.
Di sini juga dapat dilihat bukan sahaja orang Islam yang datang tetapi pelbagai masyarakat berbilang kaum turut mengambil kesempatan membeli pelbagai juadah kegemaran mereka.
Segelintir pelancong asing turut tidak melepaskan peluang merasai pelbagai jenis masakan yang dijual yang jarang-jarang diperolehi di restoran atau gerai.....


Nak di sinopsis kan....Lau balek kampung yg dkt dgn Melaka or dlm Melaka sendri.... Meh la jmput datang....
berhapiran dengan MELAKA SENTRAL, Ia menjanjikan kepuasan untuk anda semua.....
Dtg au....

Selamat Meneruskan Berpuasa ... :)




SALAM....



1 comment: