Thursday, August 4, 2011

Segmen Bersama GagakPutih Di Melaka(MUZIUM BELIA MALAYSIA)

Meh sni belia2 negara...hayati dan renugn2kan.....


Muzium Belia Malaysia terletak di No. 430, Jalan Laksamana. Bangunan ini terdahulu menempatkan Pejabat Pos Besar, Melaka. Muzium ini berfungsi sebagai pusat dokumentasi kegiatan belia yang mempamerkan bahan-bahan dan maklumat yang berkaitan dengan aktiviti Persatuan Belia di Malaysia dan antarabangsa.
Bahan utama pameran adalah gambar tokoh-tokoh pemimpin belia, piala, pakaian seragam dan sebagainya.



Muzium Belia Malaysia telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohammad, mantanPerdana Menteri Malaysia pada 15 April 1992. Bangunan ini pada asalnya merupakan sebahagian daripada kompleks Pejabat Pentadbiran Belanda. Ia dijadikan sebagai Sekolah Anglo-Chinese (sekarang dikenali sebagal Sekolah Tinggi Melaka).

Antara objektifnya adalah:
  • Untuk mewujudkan satu pusat dokumentasi kegiatan belia yang induk bagi tujuan kajian dan informasi.
  • Untuk menyimpan segala rekod dan butir kegiatan belia secara sistematik dan teratur yang mengandungi sejarah penubuhan kelab dan pertubuhan belia dari seluruh negara.
  • Untuk menimbulkan kesedaran masyarakat khususnya golongan belia mengenai sumbangan kegiatan belia kepada masyarakat, bangsa dan negara.

Muzium ini dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dari 9.00 pagi hingga 5.30 ptg. Tiket berharga RM2.00 untuk dewasa dan RM1.00 untuk kanak-kanak...



Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.perzim.gov.my/ iaitu PERBADANAN MUZIUM MELAKA..

salam... :)

No comments:

Post a Comment