Thursday, August 4, 2011

Segmen Bersama GagakPutih Di Melaka (MUZIUM YANG di-PERTUA NEGERI)

Adakah anda tahu tentang Muzium Seri Melaka????
Muzium Yang di-Pertua Negeri juga dahulunya bernama Muzium Seri melaka, merupakan bekas kediaman rasmi dan pejabat Gabenor Belanda di Melaka pada kurun ke-17. Fungsi bangunan ini teruskan pada zaman pemerintahan Inggeris hinggalah selepas kemerdekaan. Pada September 1996, kediaman rasmi dan pejabat Tuan Yang Terutama berpindah dari Bukit St. Paul ke Istana Melaka di Bukit Beruang, Melaka.


Fungsi Institusi Tuan Yang Terutama (TYT) sebagai Pemerintah Tertinggi Negeri dipamerkan bagi mengimbas kembali kewujudan institusi ini. Muzium Tuan Yang Terutama mempamerkan tentang Sejarah Ringkas Institusi Kesultanan, Pembentukan Penubuhan Gabenor Negeri-Negeri hinggalah kepada Peranan dan Institusi Yang di-Pertua Negeri. Secara umum peranan Ketua Menteri Melaka turut diselitkan kerana peranan mereka tidak kurang pentingnya dalam menerajui kerajaan negeri.

Antara objektifnya adalah:-
  • Untuk mengimbas kembali segala jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam menjana pembangunan negeri dan pertumbuhan ekonomi negeri Melaka.
  • Menyalurkan maklumat kepada generasi akan datang tentang Institusi Yang di-Pertua Negeri.
  • Untuk menjadikan muzium sebagai tempat kajian dan penyebaran maklumat kepada pelajar mengenai Yang di-Pertua Negeri.
Muzium ini beroperasi dari setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang dengan harga tiket RM5.00 untuk dewasa dan RM2.00 untuk pelajar atau kanak-kanak.


Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.perzim.gov.my/ iaitu PERBADANAN MUZIUM MELAKA..

salam... :)

No comments:

Post a Comment