Tuesday, June 14, 2011

Segmen Bersama GagakPutih Di Melaka (ISTANA KESULTANAN MELAKA)

       Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409 apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka. Pada 1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johorbagi mewarisi Kesultanan Melaka.
       ingin tahu lebih lanjut, hayati la dengan bertandang ke ISTANA KESULTANAN MELAKA.

ISTANA KESULTANAN MELAKA

Istana Kesultanan Melaka (replika Istana Kesultanan Melayu Melaka) terletak di kaki Bukit St. Paul. Replika istana ini dibina semula berdasarkan catatan Sejarah Melayu yang menggambarkan keunikan senibina istana Melayu di zaman Sultan Mansur Shah yang memerintah dari tahun 1456 hingga 1477.

Replika istana ini dibina pada tahun 1984 dan dijadikan sebagai Muzium Budaya apabila dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 17 Julai 1986. Kini dinamakan Istana Kesultanan Melayu Melaka. Keseluruhan bangunan ini diperbuat daripada kayu keras manakala atapnya dari kepingan kayu belian. Pembinaannya bercirikan seni pertukangan Rumah Melayu Melaka di mana sendi bangunan diperkuatkan dengan pasak sahaja.

Secara keseluruhannya muzium ini memperlihatkan fungsi dan peranan istana ketika itu dengan memaparkan Balairong Seri, Bilik Beradu Diraja dan balai-balai yang melambangkan ketamadunan masyarakat Melayu.

Tiket boleh didapati dengan harga RM2.00 untuk dewasa dan kanak-kanak hanya RM0.50 sahaja..


Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.perzim.gov.my/ iaitu PERBADANAN MUZIUM MELAKA..



SALAM... :)

No comments:

Post a Comment