Wednesday, June 15, 2011

Segmen Bersama GagakPutih Di Melaka (Muzium Sejarah dan Ethnografi)

Bagi sesiapa yang minat ataupun ingin menambah ilmu pengetahuan berkanaan sejarah mahupun ethnografi, Negeri Melaka ada mnyediakan tempat bagi kemahuan anda iaitu MUZIUM SEJARAH DAN ETHNOGRAFI...



     Muzium Sejarah dan Ethnografi terletak di Bangunan Stadthuys, lokasinya di persimpangan Jalan Kota dan Jalan Gereja, Melaka. Di hadapan bangunan ini yang lebih dikenali sebagai 'Dataran Belanda' terdapat Pancutan Air Victoria dan Menara Jam Tan Beng Seng yang dibina pada tahun 1886. Muzium Sejarah terletak di aras dua dan Muzium Ethnografi di aras satu Bangunan Stadthuys.
    Muzium Ethnografi memberikan penekanan khusus kepada corak hidup masyarakat tempatan yang terdiri dari pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina, India, Baba Nyonya, Chetti dan Portugis. Gambaran berhubung adat istiadat perkahwinan, cara hidup seharian, peralatan yang digunakan, alat muzik yang menjadi pilihan dan bentuk pertanian yang diusahakan adalah fokus utama muzium ini.Turut dipamerkan adalah koleksi porselin zaman berzaman, pelbagai jenis senjata, matawang dari dalam dan luar negara serta pelbagai lagi koleksi semasa pendudukan Belanda di Melaka.
Muzium Sejarah - Untuk mempamerkan sejarah Melaka bermula dari tahun 1400 semasa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, Portugis, Belanda, Inggeris dan peperangan dunia kedua sehingga kemerdekaan dicapai pada tahun 1957.
Muzium Ethnografi - Untuk mempamerkan cara hidup, budaya dan adat resam masyarakat berbilang kaum di Melaka seperti Kaum Melayu, Cina, India, Baba Nyonya, Chetti dan Portugis.



Dibuka setiap hari dari jam 9.30 pagi hingga 5.30 ptg dengan tiket RM5.00 untuk dewasa dan RM3.00 untuk kanak-kanak...

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.perzim.gov.my/ iaitu PERBADANAN MUZIUM MELAKA..

SALAM.. :)

No comments:

Post a Comment