Thursday, June 23, 2011

Segmen Bersama GagakPutih Di Melaka (MUZIUM PEMERINTAHAN DEMOKRASI)

Anda sume tahu apa mkna demokrasi????

Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.
Perkataan ini berasal dari Yunani δημοκρατíα dari δημος bermaksud "rakyat", ditambah pula dengan κρατειν bermaksud "memerintah", dengan kata hubung íα; yang memberi maksud "Diperintah oleh Rakyat". Terma ini kadangkala digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat diatas kerajaannya. Demokrasi secara ekstrem boleh dilihat dalam sistem kerajaan seperti anarkisme dan komunisme (menurut teori Karl Marx ia merupakan peringkat terakhir pembangunan sosial dimana demokrasi adalah diamalkan secara langsung , dan tiada kerajaan yang bebas dari kehendak rakyat).

MUZIUM PEMERINTAHAN DEMOKRASI


Bangunan Dewan Undangan Negeri Melaka ini telah disempurnakan perletakan batu asasnya oleh Tuan Yang Terutama Tun Haji Abdul Malek bin Yusof S.M.N, D.M.K., Gabenor Negeri Melaka pada 31 Ogos 1961. Ia merupakan tempat persidangan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Melaka dan Pembentangan Belanjawan Negeri. Persidangan Dewan Undangan Negeri dipengerusikan oleh seorang Speaker yang dipilih daripada kalangan Ahli-ahli Dewan sendiri. Bagi Ahli-ahli Dewan, mereka dipilih melalui pilihanraya dan akan menganggotai Dewan selama lima tahun (kecuali Dewan Undangan Negeri dibubarkan). Ahli-ahli Dewan juga dibataskan kepada mereka yang berumur 21 tahun ke atas dan bermastautin di Negeri Melaka.

Pada bulan Februari 2000, Dewan Undangan Negeri ini tidak lagi digunakan setelah kerajaan membina sebuah bangunan yang memusatkan urusan dan pengurusan pentadbiran di Ayer Keroh termasuk Dewan Undangan Negeri.
Kini, bangunan ini telah dijadikan Muzium Pemerintahan Demokrasi yang mempamerkan maklumat pemerintahan termasuk amalan demokrasi di Malaysia. Ia turut memaparkan susur galur mengenai sejarah awal Tanah Melayu mencapai kemerdekaan sehingga kepada kejayaan-kejayaan cemerlang yang dikecapi oleh negara ini dalam sistem pemerintahannya.

Dengan wujudnya muzium ini, ia diharapkan dapat memberikan kefahaman tentang bentuk pemerintahan yang dilaksanakan di Malaysia dan sistem kenegaraannya.

ia dibuka setiap hari dan tiket sama dengan tiket masuk sama dengan tiket Muzium Sejarah & Ethnografi dan Muzium Tuan Yang Terutama.

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.perzim.gov.my/ iaitu PERBADANAN MUZIUM MELAKA..



SALAM... :)

Wednesday, June 22, 2011

Segmen Bersama GagakPutih Di Melaka (MUZIUM LAYANG-LAYANG)

Ade sesiapa yang suka maen layang2??? atau minat buat layang2??? nk tgk design yg menarik untuk layang2 korang??? x pon tambah skit pengetahuan tentang layng2 di malaysia nie...
Meh sni selongkar MUZIUM LAYANG-LAYANG...

MUZIUM LAYANG-LAYANG... :)


Muzium ini terletak di aras 1 dalam bangunan yang dikenali sebagai Muzium Rakyat, Kecantikan dan Layang-layang di Jalan Kota, Bandar Hilir Melaka. Muzium Layang-layang ini telah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka pada bulan September 1995.

Muzium ini mempamerkan sejarah bermulanya permainan layang layang di seluruh dunia baik sebagai alat komunikasi atau digunakan dalam peperangan, sukan dan masa lapang. Memperkenalkan kita kepada tradisi pembuatan, permainan, dan fungsi layang-layang yang dikongsi bersama oleh banyak negara di dunia. Ia mempamerkan pelbagai bentuk layang-layang tradisi dan moden termasuk wau tradisional Nusantara. Terdapat berbagai saiz layang-layang yang diperbuat daripada bahan semulajadi dan moden. la pasti akan mendorong kita untuk mengenali layang-layang, mengkagumi, menghargai seni pembuatan,dan keindahan layang-layang.


Ia dibuka setiap hari dan tiket masuk sama dengan tiket muzium rakyat...
(sorry xde picture...)




Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.perzim.gov.my/ iaitu PERBADANAN MUZIUM MELAKA..


SALAM.. :)

Friday, June 17, 2011

Segmen Bersama GagakPutih Di Melaka ( MUZIUM ADAT ISTIADAT)

Manis sungguh gula Melaka          
 Jangan dibancuh dibuat serbat
Sungguh teguh adat pusaka          
 Biar mati anak jangan mati adat

Orang melayu tak mati adatnya selagi hari belum berakhir, bagi yg ingin mendalami adat2 yg wujud di muka bumi Malaysia ini silakan dtg ke Negeri Melaka. Melaka juga tidak tertinggal dgn beberapa adat yang ada iaitu adat pepatih dan adat temenggung... tetapi bg remaja skrang adat ini di pandang remah kerna sudah kemodenan. Adat ini juga sudah berkurangan di Negeri Melaka sendiri... Untuk lebih mengetahuinya dengan lebih mendalam silalah dtg ke MUZIUM ADAT ISTIADAT.

MUZIUM ADAT-ISTIADAT

Muzium Adat Istiadat terletak di Dataran Alor Gajah, bersebelahan Tugu Keris Majlis Daerah Alor Gajah, kira-kira 25 km dari Bandar Melaka. Senibina tradisional Rumah Melayu adalah identiti utama muzium ini.

Fokus utama muzium merangkumi sejarah awal Daerah Alor Gajah termasuk gambar tokoh-tokoh daerah dan adat-istiadat perkahwinan dengan penekanan kepada Melayu Serantau. Bahan pameran termasuk pelamin, alat perhiasan diri, porselin dan peralatan adat istiadat.



Antara objektifnya adalah:
  • Untuk mengetengahkan pelbagai perkara mengenai adat istiadat khususnya adat perkahwinan agar tidak hilang ditelan zaman
  • Untuk mempamerkan adat resam serta budaya masyarakat berbilang kaum yang ada di Melaka.
Muzium ini dibuka setiap hari kecuali hari isnin dengan tiket sebanyak RM1.00 untuk dewasa dan RM0.50 untuk kanak-kanak...



Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.perzim.gov.my/ iaitu PERBADANAN MUZIUM MELAKA..


SALAM.. :)

Wednesday, June 15, 2011

Segmen Bersama GagakPutih Di Melaka (Muzium Sejarah dan Ethnografi)

Bagi sesiapa yang minat ataupun ingin menambah ilmu pengetahuan berkanaan sejarah mahupun ethnografi, Negeri Melaka ada mnyediakan tempat bagi kemahuan anda iaitu MUZIUM SEJARAH DAN ETHNOGRAFI...



     Muzium Sejarah dan Ethnografi terletak di Bangunan Stadthuys, lokasinya di persimpangan Jalan Kota dan Jalan Gereja, Melaka. Di hadapan bangunan ini yang lebih dikenali sebagai 'Dataran Belanda' terdapat Pancutan Air Victoria dan Menara Jam Tan Beng Seng yang dibina pada tahun 1886. Muzium Sejarah terletak di aras dua dan Muzium Ethnografi di aras satu Bangunan Stadthuys.
    Muzium Ethnografi memberikan penekanan khusus kepada corak hidup masyarakat tempatan yang terdiri dari pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina, India, Baba Nyonya, Chetti dan Portugis. Gambaran berhubung adat istiadat perkahwinan, cara hidup seharian, peralatan yang digunakan, alat muzik yang menjadi pilihan dan bentuk pertanian yang diusahakan adalah fokus utama muzium ini.Turut dipamerkan adalah koleksi porselin zaman berzaman, pelbagai jenis senjata, matawang dari dalam dan luar negara serta pelbagai lagi koleksi semasa pendudukan Belanda di Melaka.
Muzium Sejarah - Untuk mempamerkan sejarah Melaka bermula dari tahun 1400 semasa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, Portugis, Belanda, Inggeris dan peperangan dunia kedua sehingga kemerdekaan dicapai pada tahun 1957.
Muzium Ethnografi - Untuk mempamerkan cara hidup, budaya dan adat resam masyarakat berbilang kaum di Melaka seperti Kaum Melayu, Cina, India, Baba Nyonya, Chetti dan Portugis.



Dibuka setiap hari dari jam 9.30 pagi hingga 5.30 ptg dengan tiket RM5.00 untuk dewasa dan RM3.00 untuk kanak-kanak...

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.perzim.gov.my/ iaitu PERBADANAN MUZIUM MELAKA..

SALAM.. :)

Tuesday, June 14, 2011

Segmen Bersama GagakPutih Di Melaka (ISTANA KESULTANAN MELAKA)

       Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409 apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka. Pada 1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johorbagi mewarisi Kesultanan Melaka.
       ingin tahu lebih lanjut, hayati la dengan bertandang ke ISTANA KESULTANAN MELAKA.

ISTANA KESULTANAN MELAKA

Istana Kesultanan Melaka (replika Istana Kesultanan Melayu Melaka) terletak di kaki Bukit St. Paul. Replika istana ini dibina semula berdasarkan catatan Sejarah Melayu yang menggambarkan keunikan senibina istana Melayu di zaman Sultan Mansur Shah yang memerintah dari tahun 1456 hingga 1477.

Replika istana ini dibina pada tahun 1984 dan dijadikan sebagai Muzium Budaya apabila dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 17 Julai 1986. Kini dinamakan Istana Kesultanan Melayu Melaka. Keseluruhan bangunan ini diperbuat daripada kayu keras manakala atapnya dari kepingan kayu belian. Pembinaannya bercirikan seni pertukangan Rumah Melayu Melaka di mana sendi bangunan diperkuatkan dengan pasak sahaja.

Secara keseluruhannya muzium ini memperlihatkan fungsi dan peranan istana ketika itu dengan memaparkan Balairong Seri, Bilik Beradu Diraja dan balai-balai yang melambangkan ketamadunan masyarakat Melayu.

Tiket boleh didapati dengan harga RM2.00 untuk dewasa dan kanak-kanak hanya RM0.50 sahaja..


Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.perzim.gov.my/ iaitu PERBADANAN MUZIUM MELAKA..



SALAM... :)

Segmen Bersama GagakPutih Di Melaka (GALERI LAKSAMANA CHENG HO)

Siapa yang pernah dengar cerita Laksamana Cheng Ho?? Pasti anda ingin lebih tahu tentang Laksamana yang gah ini... Jika melawat MELAKA jgn lpas kn peluang untuk bersama-sama tambah pengatahuan tentang Laksamana ini di galeri beliau.


GALERI LAKSAMANA CHENG HO

Galeri ini diilhamkan daripada kisah tokoh pelayar agung China iaitu Laksamana Cheng Ho (Zheng He) yang telah dilahirkan pada 1371 di Hodai, sebuah kampung di Daerah Bao San di Yunan. Beliau diberikan nama Ma Ho dan nama kecilnya San Bao. Galeri ini di buka untuk tontonan umum pada Ferbuari 2003.
Galeri ini memaparkan kisah pelayaran beliau ke lautan selatan di samping kejayaan beliau memupuk perhubungan persaudaraan di antara China dan negara-negara Afrika dan Asia serta membuka pintu untuk menjalankan perniagaan yang adil.
Tiket masuk sama dengan tiket Muzium Sejarah & Ethnografi dan Muzium Yang diPertua dan di buka setiap hari pada jam 9.00 pagi hingga 5.30 ptg.


Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.perzim.gov.my/ iaitu PERBADANAN MUZIUM MELAKA..

Saturday, June 11, 2011

Segmen Bersama GagakPutih Di Melaka (MUZIUM TLDM)

OK... Semalam dah tau pasal MUZIUM SASTERA, Hari nie admin gagak putih yg juge asal MELAKA nk knl kn lg tmpt bersejarah yg ade kt Melaka. Mne yg minat tntg tentera boleh la tgk2 tmpt nie...


MUZIUM TLDM.. :)

Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terletak berhadapan Muzium Samudera. Pada asalnya muzium ini terletak di pangkalan TLDM Lumut. Muzium ini telah dibuka kepada orang ramai pada 28 Oktober 1995.

Di dalam muzium ini dipamerkan gambar Panglima TLDM, pingat kebesaran, pangkat, alat-alat senjata, pakaian seragam, peralatan komunikasi, peralatan keselamatan dan lambang yang diguna dalam pelayaran. Turut diperagakan ialah aktiviti pembangunan Angkatan Tentera Laut Malaysia.

Sebagai pengunjung anda akan mendapat informasi tentang peranan, sumbangan, aktiviti-aktiviti senjata dan peralatan yang pernah dan sedang digunakan oleh pihak Tentera Laut Diraja Malaysia dalam mengawasi keselamatan perairan Malaysia.

Ia dibuka untuk orang ramai pada jam 9 pagi hingga pukul 5.30 ptg.. Tiket sama dengan MUZIUM SAMUDERA..


Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.perzim.gov.my/ iaitu PERBADANAN MUZIUM MELAKA..




SALAM... :)


Friday, June 10, 2011

Segmen Bersama GagakPutih Di Melaka (MUZIUM SASTERA)

Petang tadi kite telah selongkar tentang KAPAL SAMUDERA, kali ini meh ramai2 amek tahu plak pasal muzium ni...


MUZIUM SASTERA :)

Ia terletak di bangunan lama Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) iaitu berhampiran dengan Bangunan Stadthuys. Muzium ini memberikan penekanan kepada sejarah penulisan dan pengkaryaan bermula dari era awal penulisan, Cerita-cerita Rakyat, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hukum Kanun Melaka serta Munsyi Abdullah sehingga ke tahap perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden. Selain itu, bahan-bahan pameran utama terdiri dari lukisan turut disediakan bagi menggambarkan peristiwa-peristiwa penting berdasarkan petikan Sejarah Melayu dan bentuk-bentuk hukuman yang dilaksanakan menurut Hukum Kanun Melaka serta koleksi naskah manuskrip asal tulisan tangan dan seluruh pelusuk dunia. Objektifnya adalah untuk mempamer dan menggalakkan penghayatan masyarakat terhadap perkembangan dunia sastera dari dahulu sehingga sekarang serta kelahiran tokoh-tokoh kesusasteraan Melayu dengan karya yang bermutu.

Harga tiket boleh didapati dengan harga RM5.00 untuk dewasa manakala kanak-kanak dengan hanya RM2.00...

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.perzim.gov.my/ iaitu PERBADANAN MUZIUM MELAKA..


SALAM.. :)

Segmen Bersama GagakPutih Di Melaka

Kali ini admin gagakputih nk mula perkenalkan tempat2 menarik di Melaka Bandaraya Warisan Dunia...(Promote negeri sendiri)... :)


Untuk yang pertamanya kita selongkar Muzium Samudera...


Muzium ini merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990.Ia dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ke empat iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994. Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka. Ia berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar.
 

Faktor pembukaan muzium ini ialah ingin memaparkan tentang sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglah segalanya.

Ia dibuka setiap hari dan mempunyai tiket masuk yang sangat murah, Dewasa hanya RM3.00 manakala kanak-kanak hanya RM1.00...

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.perzim.gov.my/ iaitu PERBADANAN MUZIUM MELAKA..



SALAM... :)