Saturday, April 30, 2011

Pemain cinta



Disuatu hari aku dijemput oleh rakan-rakan ku untuk ke pantai bagi menyaksikan saat indah iaitu matahari terbenam kerna rakan ku tahu yang bahawasanya aku sedang dilanda kekecewaan. Di ketika aku menantikan waktu matahari terbanam, rakan ku memintaku agar mencari setu cengkerang yang cantik bagi ku dari hujung pantai ke satu hunjung pantai. Rakanku melontarkan satu syarat, apabila aku melangkah ke depan tidak boleh sama sekali aku berpatah balik demi mendapatkan cengkerang yang telah ku lepaskan. Lalu ku sahut cabaranya. Aku memulakan pencarian tersebut dengan penuh kesabaran. Dalam keadaan aku yang sedang keliru, aku melepaskan cengkerang yang cantik demi mendapatkan yang lebih cantik. Setiap langkah yang ku lepaskan, pasti aku menemui cengkerang yang cantik lagi murni, tetapi pabila teringin yang lebih cantik, aku tetap melepaskan cengkerang tersebut. Di suatu sudut pantai, rakan ku menghentikan pergerakkan ku dan mengajak aku berehat melihat matahari terbenam. Dalam masa yang sama rakan aku menceritakan apa sebenarnya objektif cabaran sebentar tadi. rakan ku mengatakan yang aku tidak cukup dengan seorang wanita walaupun wanita tersebut sudah lengkap sebagai seorang wanita solehah, lantas aku berfoya-foya dan mencari yang baru. Sebagai penawar bagiku, aku ditinggalkan oleh semua wanita yang aku idamkan dan aku sepi keseorangan. Lantaran itu mataku mula bergenang dengan titisan air yang hadir dalam hatiku. Tatkala matahari mula menyembunyikan diri aku mula sedar akan tingkah laku aku yang sangat buruk. Ku mula melangkah ke dunia yang baru iaitu dunia sang setia... SETIA??? Dapatkah aku lakukan...? 

No comments:

Post a Comment