Saturday, April 30, 2011

Kononnya itu kekal abadi



Wahai ibu jangan pergi jauh
Walau telah diberi surat berhenti
Aku sayang dan rindukan kamu
Belaian kasih dan juga manja

Tatkala aku mula menyelami kasih
Dia pula muncul dalam keluarga
Menjadi ‘bonda’ untuk kedua
Mungkin gembira tapi derita

Aku si anak mula merasa
Yang birat-birat akan ada
Bagaimana aku hendak lalui
Jika dengan keluarga ini

Jika aku ada ibu disisi
Pasti aku tersenyum selalu
Apalah nasib terima yang baru
Tetapi bagaikan sang hempedu.

Kubersedih tetapi berdiam
Takut sibapa tambah derita
Jika mengadu pasti menipu
Kerna bini baru disanjung.

Bagai melakukan beribu dosa
Ku menerpa neraka dunia
Dengan denda yang ditaburkan
Oleh dia juga bergelar hamba

SALAM


 

No comments:

Post a Comment