Saturday, April 30, 2011

Kejayan yang pasti



Add caption
Sejak lahir lagi kita sudah menjadi juara. Juara dihati ibu bapa dan keluarga. Bukan kita pinta tetapi itu yang diberikan. Oleh itu tidak salah jika kita cuba untuk menjadi sang juara yang kekal dan meletakkan juara itu sebgai tajuk hidup kita. Bukan juara acara sahaja bahkan juara segalanya. Bak kata pepatah Usaha Tangga Kejayaan, oleh yang demikian letakkan usaha di hadapan agar kejayaan yang sentiasa kita angankan tersebut menjadi realiti dan menjadi peristiwa yang berulang.
Sebuah kejayaan yang kita impikan bukan boleh datang bergolek bahkan ada sahaja ujian yang kita harus tempuhi. Setiap ujian tersebut hendaklah dilalui dengan sikap sabar yang benar-benar konkrit. Buang sikap gemar mengeluh dalam novel hidup kita. Dengan sikap gemar mengeluhlah menjanjikan kegagalan dalam hidup kita.
Kejayaan yang hasil dari titik peluh kita sangat dihargai. Bahkan akan diingat sampai sekian lamanya. Walau apa pun pastikan kita tidak alpa dengan apa yang kita kecapi agar kita tidak terjatuh akibat dari kelalaian.
SALAM


No comments:

Post a Comment