Monday, February 14, 2011

Dua Hati Yang Mulia



Pabila sang rerama menerbangkan diri menghiasi bumi dengan bertemankan sayap yang berwarna-warni lalu ia terpikat pada dua kuntuman bunga yang sangat cantik di taman bunga. Lalu hatinya mula memikirkan mana satu bunga yang memilik madu yang manis. Jika hendak dibandingkan dengan kecantikan pastinya tiada pemenanang kerna kedua-duanya sangat menawan. Lalu tidak memikir panjang si rerama tersebut hinggap pada bunga mawar. Tidak sempat menghisap madu si rerama perasan yang bunga kenanga seperti layu memerajukkan diri. Rerama mula keliru dengan apa yang dilalui. Rerama dengan sayu berlalu dari taman tersebut dengan mengecewakan kedua-dua kuntum bunga itu. Aku terduduk memikirkan diriku yang mula dihimpit dengan dua hati yang cuba mengail hatiku yang telah lama punah akibat permainan cinta. Bagi ku tiada paras rupa yang hodoh kerna semua ciptaan Allah yang mulia. Tetapi malangnya hatiku sukar menerima cinta lagi akibat dari kemalangan cinta lalu yang sangat parah. Luka disebabkan itu tidak lagi pulih datang pula yang baru. Bagaimana hendak ku lalui. Cinta oh cinta... Ku teringat kata-kata abang ku ketika aku menghadapi peperangan dengan SPM “lelaki perlulah tulus ikhlas dan setia kepada perempuan yang setia dengan dia dan jangan permainkan perasaan perempuan jika dipermainkan, itulah lelaki sejati”. Andai dua hati yang ingin setia pada ku bagaimana?? Perlukah aku merentasi masalah ini dengan berdiam? Kekecewaan pasti timbul dalam hati setiap insane yang cuba hadir dalam cerita ini. Kepayahan melanda diriku. Ku bagaikan dilanda taufan sambil sedang dihentam tsunami besar. Wahai dua kuntum bunga yang sedang erat mekar, jika hati mu terluka maafkan aku si kumbang yang sedang menginsafi cinta dahulu. SALAM

1 comment: